Salam...

Dulu saya adalah pengguna baby sling yang saya beli daripada sebuah kedai keperluan bayi dan kanak-kanak. Saya sedar akan kebaikan menggunakan baby sling selepas membacanya daripada sebuah majalah keibubapaan. Pada mulanya agak payah juga hendak mengendalikan baby sling ini, tetapi lama-kelamaan ianya menjadi semakin mudah dan anak saya pun menyukainya.

Apa yang membuatkan saya ingin memiliki baby sling ini adalah kerana pada waktu itu, anak saya menyusu badan secara eksklusif dan agak menyukarkan saya untuk ke mana-mana jika hendak menyusukannya. Dengan baby sling, saya boleh membeli belah sambil menyusukannya. Hebat bukan?!

Pernah pada suatu hari saya membeli belah di pasaraya Giant, seorang wanita asyik memerhatikan saya menyusukan anak sambil memilih baju yang hendak saya beli. Sepanjang membeli anak saya tidur lena dan kenyang kerana dapat menyusu. Akhirnya kerana begitu tertarik, wanita tersebut mendekati saya dan bertanya di mana boleh saya dapatkan baby sling yang saya sedang gunakan.

Kini, baby sling boleh anda beli daripada saya dengan harga RM 65.00 sahaja. Dengan kualiti kain yang baik, iaitu daripada kain kapas, ianya sangat sesuai dalam cuaca yang panas seperti sekarang.

Jangan lepaskan peluang ini bagi memiliki baby sling yang akan memudahkan anda menjalankan aktiviti seharian anda. Hubungi saya di 0162270144 untuk pesanan, pembayaran dan penghantaran.

p/s: Harga tidak termasuk kos penghantaran

0 comments:

Post a Comment

Order Form

Name:
Email Address:
Phone Number
Shipping Address
Order Item

create web form