Salam alaik...


Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan CD. Antaranya:


1. CD ni tak bocor ke. Kalau anak buang air besar macam mana? Kan susah nak basuh.


2. Kenapa CD ni mahal sangat? Berbaloi ke beli?


Ok...ini jawapan saya. Saya adalah pengguna CD bukan pada sepenuh masa. Kasihan juga nak suruh cikgu anak2 saya basuh inserts. Jadi saya hanya gunakan CD bila berada di rumah sahaja dan waktu tidur mereka memang saya akan pakaikan CD.


Tak bocor ke? Tentulah kalau 'isi'nya sudah penuh, ianya akan berat seperti disposable diaper. Ikut pada anak kita. Jika banyak apa yang dia buang, maka ibu perlu menukarkannya seperti biasa. CD bukan 'perfect' tetapi ianya adalah alternatif yang bijak, menjimatkan dan mesra alam.


Anda bayangkan, di waktu malam sahaja, anda sudah dapat menjimatkan penggunaan disposable diaper dengan menggunakan CD yang boleh dibasuh berulang-ulang kali, tahan lama bertahun-tahun dan boleh diwarisi oleh adik-adik dibawah. Cuma perlu menggantikan insertnya.


CD tidak mahal jika kita lihat akan fungsinya yang tahan lama. Dengan disposable diaper yang jatuh pada harga RM0.80 sekeping dan hampir RM40 untuk satu set disposable diaper, ianya akan anda buang selepas menggunakannya.


Dengan CD, anda melaburkan wang sebanyak RM 55.90, dan anda boleh gunakannya selama mungkin. Hebat bukan?


Membasuh memang memenatkan. Tetapi ianya satu aktiviti yang sihat dan tidak susah untuk membasuh CD. Saya merasai pengalaman ini bila mana saya dapati ianya bukanlah satu yang membebankan. Melihat timbunan pampers yang menjijikan di dalam tong sampah, adalah lebih 'memenatkan' daripada melihat CD dan inserts yang telah dibasuh bersih dan dijemur di bawah matahari dan kemudian kering dan boleh dipakai semula.


Cubalah dulu sebelum anda menilai CD yang baru anda kenal ini. Mungkin inilah yang mak-mak kita gunakan untuk kita dulu. Konvensional dan nampak kolot. Namun ianya telah dimodenkan dan disesuaikan dengan zaman sekarang.


Jika masih belum puas, hubungi saya dan marilah kita berbual tentang keseronokan memiliki CD untuk anak-anak kesayangan kita.


Have a nice day!


Ummi Asyiq :)

0162270144



0 comments:

Post a Comment

Order Form

Name:
Email Address:
Phone Number
Shipping Address
Order Item

create web form